Hokage ketujuh Senarai_Hokage

Rencana utama: Naruto Uzumaki

Naruto Uzumaki (うずまきナルト, Uzumaki Naruto) ialah seorang shinobi dari Kampung Konohaga, reinkarnasi terkini bagi Asura Ōtsutsuki, serta merupakan protagonis utama bagi francais Naruto. Dia menjadi jinchūriki ketiga Kurama sejak lahir, suatu takdir yang menyebabkan dia dipulaukan oleh kebanyakan Konoha sepanjang zaman kanak-kanaknya. Setelah menyertai Pasukan Kakashi, Naruto berusaha keras untuk memperoleh penghormatan dan pengakuan daripada orang-orang kampung di samping mencapai impiannya untuk menjadi Hokage. Beberapa tahun seterusnya, Naruto menjadi seorang ninja berkebolehan yang disanjung sebagai wira, tidak kira dari kalangan orang kampung mahupun dunia shinobi amnya. Matlamat lain Naruto selain menjadi Hokage adalah menyelamatkan sahabat serta rakan sepasukannya Sasuke Uchiha, yang mengalami Sumpahan Kebencian, serta mencapai keamanan dunia sebagaimana yang diwasiatkan kepadanya oleh guru Sanninnya Jiraiya. Selepas tamat Perang Dunia Shinobi Keempat, Naruto berjaya mencapai kesemua matlamatnya dan seterusnya menjadi Hokage Ketujuh (七代目火影, Nanadaime Hokage; harfiah: "Bayang Pawaka Ketujuh"), di samping mengahwini Hinata Hyuga dan dikurniakan dua orang anak.